Sila log masuk terlebih dahulu.

Alderweireld sedia beraksi setelah pulih

Alderweireld. - Foto gettyimages
Alderweireld. - Foto gettyimages
A
A
A

TONGGAK pertahanan Belgium, Toby Alderweireld menegaskan dia telah pulih daripada jangkitan Covid-19 dan bersedia untuk diturunkan pada aksi separuh akhir Liga Negara-Negara UEFA berdepan Perancis, pada awal pagi Jumaat.

Menurut Alderweireld yang kini beraksi dengan kelab Al Duhail di Qatar,dia telah kembali ke Belgium beberapa minggu lalu bagi menjalani latihan sebagai persediaan mengharungi perlawanana berkenaan.

“Baru-baru ini saya dijangkiti wabak Covid-19. Saya tidak tahu bagaimana saya mendapatnya, tetapi ia memberikan kesukaran buat saya.

“Oleh itu, saya membuat keputusan untuk pulang lebih awal ke Belgium sebagai persiapan berdepan Perancis nanti.

“Saya juga telah lengkap divaksinasi. Jika tidak, saya mungkin akan lebih menderita dan proses pemulihan saya pula akan mengambil masa yang lebih lama,” katanya.

Kenyataan berkenaan bakal menyaksikan Alderweireld, 32 bergandingan semula dengan Jan Vertonghen, 34 dalam usaha membentuk benteng pertahanan yang kukuh bagi mengekang asakan-asakan Perancis nanti.

Sementara itu, Aldeweireld mengakui tidak sabar untuk beraksi berdepan Perancis yang pastinya menurunkan barisan terbaik pada aksi separuh akhir berkenaan.

Malah katanya, dia kini bersedia bagi berdepan asakan daripada jentera serangan Les Bleus yang diterajui Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

Artikel Berkaitan:

“Pastinya berdepan dengan mereka ini yang berada pada prestasi terbaik masing-masing satu cabaran besar buat saya dan rakan-rakan sepasukan.

“Tetapi, kami tidak gentar dan akan cuba sedaya upaya mengawal asakan-asakan daripada mereka bagi memastikan kejayaan pasukan kami kali ini,” katanya.