Pekerja kulit hitam terima ganti rugi lebih RM572 juta

Owen Diaz (kiri) bersama anak lelakinya. - Foto Gary Reyes/Bay Area News Group
Owen Diaz (kiri) bersama anak lelakinya. - Foto Gary Reyes/Bay Area News Group
A
A
A

SAN FRANCISCO - Syarikat pengeluar kenderaan elektrik iaitu Tesla diarah oleh sebuah mahkamah di California membayar sebanyak AS$136.9 juta (RM572.17 juta) kepada seorang bekas pekerja lelaki kulit hitam.

Pembayaran itu adalah sebagai satu bentuk ganti rugi berikutan tindakan syarikat berkenaan yang tidak mengambil peduli tentang isu perkauman yang dihadapi lelaki tersebut ketika bekerja dengan Tesla.

Seorang peguam belanya, Larry Organ berkata kepada AFP, bayaran ganti rugi tersebut adalah bagi satu kesedaran untuk semua perbadanan Amerika Syarikat (AS) tentang isu perkauman.

Mahkamah itu memerintah bayaran itu diberikan kepada Owen Diaz yang bertugas di kilang Tesla di Fremont antara tahun Jun 2015 dan Julai 2016.

Diaz kemudian menjadi sasaran penderaan perkauman menyebabkan berlaku satu persekitaran tempat kerja yang 'memusuhinya', menurut dokumen mahkamah.

Dia juga mendakwa walaupun telah membuat aduan kepada pihak pengurusan, Tesla masih tidak mengambil sebarang tindakan berhubung penderaan perkauman itu.

Pihak juri kemudian memberikan ganti rugi punitif yang perlu dibayar kepadanya ialah AS$130 juta (RM543.34 juta) dan AS$6.9 juta (RM28.84 juta) kerana mengalami gangguan emosi. - Agensi

Artikel Berkaitan: