Sila log masuk terlebih dahulu.

Sampah kembali berlonggok selepas seminggu dibersihkan

Lokasi pembuangan sampah di Taman Daya Kepong, Selayang yang kembali tercemar dengan sampah pukal dan industri.
Lokasi pembuangan sampah di Taman Daya Kepong, Selayang yang kembali tercemar dengan sampah pukal dan industri.
A
A
A

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kesal dengan sikap sebilangan pihak yang mengambil kesempatan bagi membuang sampah di kawasan sekitar Taman Daya Kepong, di sini yang telah dibersihkan sebelum ini.

Pengarah Jabatan Korporatnya, Mohamad Zin Masoad berkata, pada 29 September lalu, MPS bersama Ahli Majlis Zon 19, Tam Kar Lye dan KDEB Waste Management Sdn Bhd telah mengambil inisiatif melaksanakan Program Pengindahan Hotspot Sampah Longgok di kawasan itu dengan menggunakan sisa tayar terbuang untuk dijadikan landskap kejur di sana.

Mohamad Zin berkata, langkah yang diambil itu sebagai usaha bagi menghalang aktiviti lambakan sampah pukal yang tidak terkawal di lokasi tersebut.

"Namun selepas seminggu aktiviti pengindahan dilaksanakan di kawasan itu, MPS hari ini mendapati kawasan tersebut telah kembali dipenuhi sisa sampah pukal dan industri," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mengulas lanjut, Mohamad Zin berkata, MPS amat kesal dengan tindakan pihak terlibat yang tiada kesedaran sivik dan tidak menghargai inisiatif dilaksanakan itu.

Dalam pada itu, bagi memastikan kawasan berkenaan kembali bersih, Mohamad Zin berkata, MPS telah membuat pembersihan di lokasi terlibat pada hari sama.

"MPS berharap perkara ini tidak berulang dan orang ramai juga disaran menjadi mata dan telinga bagi melaporkan aktiviti pembuangan sampah di kawasan itu," katanya.

Sebarang maklumat dan pertanyaan lanjut, orang ramai boleh melayari pautan mps.gov.my atau hubungi talian hotlian MPS di 1 800 222 677.

Artikel Berkaitan: