PDRM umum pertukaran dua pegawai kanan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Isnin mengumumkan pertukaran dua pegawai kanannya yang berkuat kuasa 8 November depan.

Superintendan Komunikasi Korporat PDRM, Superintendan A Skandaguru berkata, pertukaran itu melibatkan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mohd Yusoff Mamat dan Timbalan Komander PPM (Kepolisan Am/Strategik/Siasatan) KDNKA Bukit Aman, Asisten Komisioner Zulafendy Hassan.

Beliau berkata, Mohd Yusoff akan menyandang jawatan sebagai Ketua Staf Operasi Markas National Task Force (NTF) PPM PDRM.

"Zulafendy akan memegang jawatan sebagai Pengarah Operasi Bahagian Operasi (J3), Markas NTF, PPM, PDRM," katanya dalam kenyataan Selasa malam. - Bernama

Artikel Berkaitan: