Tak wajar Sulaiman jadi Ketua Menteri 'caretaker government'

Adly Zahari
Adly Zahari
A
A
A

MELAKA - Pakatan Harapan (PH) Melaka menyatakan tidak wajar bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dibenarkan menjadi Ketua Menteri sementara 'caretaker government'.

Pengerusinya, Adly Zahari berkata, perkara itu akan dirujuk kepada mahkamah bagi memastikan keabsahan 'caretaker government' selepas diumumkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

"PH Melaka berpandangan adalah tidak wajar beliau dibenarkan menjadi Ketua Menteri 'caretaker government'.

"Ia selaras dengan apa yang berlaku 'precedent case' pada 2 Mac tahun lalu di mana tugas pentadbiran kerajaan negeri diberi tanggungjawab kepada Yang Berhormat (YB) Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sehingga Ketua Menteri baharu dilantik," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil berkata, permohonan ADUN Lendu itu dalam membubarkan DUN merupakan sikap tidak bertanggungjawab memandangkan rakyat masih bergelut dengan pandemik Covid-19.

"Sedangkan PRN Sarawak juga telah ditangguhkan atas alasan yang sama," katanya.

Media pada Selasa melaporkan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam bersetuju membubarkan DUN Melaka ke-14 berkuat kuasa pada Isnin.

Keputusan pembubaran DUN itu diumumkan Ab Rauf pada sidang akhbar di Seri Negeri selepas Sulaiman mengutuskan surat kepada Mohd Ali mengenai empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan negeri yang hilang kepercayaan dan menolak sokongan terhadap beliau.

Artikel Berkaitan: