X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 05 Julai 2022

Peruntukan RM23.5 juta kepada 99 PBT diluluskan

Menteri Alam Sekitar dan Air yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man bercakap ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen hari ini.- Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Peruntukan RM23.5 juta diluluskan kepada 99 pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi pelaksanaan inisiatif bandar rendah karbon seluruh negara, Dewan Rakyat dimaklumkan pada Selasa.

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, peruntukan itu diluluskan di bawah Geran Pemangkin Bandar Rendah Karbon (GeRAK).

“Kita dah bangunkan Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM) bagi memacu transformasi ke arah bandar rendah karbon dan Seremban (Negeri Sembilan) merupakan satu daripada bandar sasaran di bawah NLCCM,” katanya pada sesi penggulungan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Sementara itu mengenai bekalan air bersih di Sabah dan Sarawak, Tuan Ibrahim berkata kedua-dua negeri berkenaan merupakan tumpuan utama Kerajaan Persekutuan di bawah RMK12 dan menerima peruntukan tertinggi berbanding negeri-negeri lain.

Beliau berkata, di bawah Rancangan Malaysia 2021-2025 itu, sebanyak RM7.7 bilion diperuntukkan kepada Sabah dan RM5.6 bilion kepada Sarawak bagi memperbaiki mutu bekalan air bersih kedua-dua negeri berkenaan. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!