X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Pembubaran DUN Melaka keputusan unilateral

A
A

MELAKA - Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang diumumkan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Ab Rauf Yusoh supaya diadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) merupakan satu keputusan yang dibuat secara unilateral tanpa berbincang dengan semua pihak.

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Alor Gajah, Datuk Ginnie Lim Siew Lin dalam satu kenyataan di Facebook miliknya pada Selasa berkata, keputusan itu bertentangan dengan semangat muafakat dan meletakkan rakyat dalam risiko jangkitan pandemik Covid-19.

Menurutnya, UMNO perlu bertanggungjawab jika PRN menjejaskan kesihatan awam.

Bagaimanapun katanya, PKR menerima cabaran berkenaan untuk mengembalikan mandat rakyat Melaka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

"Ini merupakan satu peluang untuk rakyat Melaka bersuara dan memberi mesej yang jelas kepada pimpinan politik baik di peringkat negeri mahupun nasional tentang hala tuju negara," katanya.

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap Jaya berazam mempertahankan DUN itu agar kemenangan kembali kepada Pakatan Harapan (PH).


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!