Kadar vaksinasi penuntut IPT kini 82 peratus

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Senator Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berucap pada sesi Townhall sempena Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Teknologi Mara (UiTM) 2021 di Banguanan Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin, hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

SHAH ALAM - Kadar vaksinasi penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) yang telah mengambil dua dos vaksin Covid-19 telah mencapai 82 peratus manakala kakitangan universiti pula mencecah lebih 91 peratus.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Ahmad Masrizal Muhammad berkata, beliau yakin IPT kini selamat dan menyarankan penuntut yang belum mengambil vaksin untuk segera berbuat demikian.

“Jika mereka belum lagi divaksin, penuntut IPT itu bukannya tidak memohon tetapi mungkin disebabkan sistem yang memaksa mereka untuk menunggu giliran.

“Surat tawaran (kemasukan IPT) itu penting kerana ia membolehkan penuntut IPT mempercepatkan pengambilan vaksin mereka dengan hanya pergi ke mana-mana pusat pemberian vaksin atau pusat kesihatan untuk membolehkan mereka mendapatkan vaksin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Se-Malaysia 2021 di sini pada Selasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: