X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Tarikh PRN Melaka akan dimaklumkan: SPR

A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya di Melaka selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan bubar.

Setiausahanya, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya menerima makluman rasmi daripada Yang Dipertua DUN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berhubung perkara berkenaan sebagaimana termaktub di bawah Fasal (2) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka.

“Berdasarkan Fasal (4) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Melaka berkehendakkan suatu pilihan raya hendaklah diadakan dalam tempoh 60 dari tarikh pembubaran DUN tersebut.

“Justeru, SPR akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan mengenai pelaksanaan pilihan raya tersebut. Tarikh mesyuarat berkenaan akan dimaklumkan kemudian oleh pihak SPR,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ab Rauf mengumumkan DUN Melaka dibubarkan.

Politik Melaka kembali bergolak selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang); Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor); Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) mengesahkan hilang kepercayaan serta menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman Md Ali.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!