Sabah pertimbang wujud dana 'start-up' untuk usahawan wanita muda

Hajiji hadir dalam sesi libat urus Sabah Maju Jaya (SMJ) Bersama Ahli Parlimen Wanita Muda Sabah yang diadakan secara maya, di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
Hajiji hadir dalam sesi libat urus Sabah Maju Jaya (SMJ) Bersama Ahli Parlimen Wanita Muda Sabah yang diadakan secara maya, di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah bersedia menimbang cadangan mewujudkan dana pemula kepada usahawan belia termasuk wanita muda dalam Belanjawan Negeri Sabah 2022.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dana berkenaan bukan sahaja untuk memulakan tetapi membantu memulihkan perniagaan golongan usahawan atau peniaga muda yang terkesan secara langsung dengan pandemik Covid-19.

"Cadangan Ahli Parlimen Wanita Muda Sabah memberi aspirasi dan sebagai panduan dalam pelaksanaan dasar serta program kerajaan," katanya pada sesi libat urus Sabah Maju Jaya (SMJ) Bersama Ahli Parlimen Wanita Muda Sabah yang diadakan secara maya, di Menara Kinabalu, di sini pada Selasa.

Turut sama, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir Shahelmey Yahya; Pengarah IKRAR, Azrul Ibrahim; Pengarah JEHWA Sabah, Rusnah Kuyung dan Perwakilan Parlimen Wanita Muda Sabah, Farrah Ain Madzlan.

Menurut Hajiji, syor daripada ahli Parlimen itu akan dijadikan panduan dalam pelaksanaan dasar dan program termasuk dalam penggubalan Belanjawan Negeri 2022.

Sehubungan itu katanya, kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat bersama Jabatan Hal Ehwal Wanita (JEHWA) Sabah akan terus melaksanakan inisiatif bagi mengangkat agenda memperkasa wanita di negeri ini.

"Ini supaya kebajikan, keselamatan dan peluang mereka akan sentiasa dijaga dan ditambah baik dari masa ke masa," katanya.

Sebelum itu, sesi berkenaan diadakan bagi mendapatkan pandangan golongan wanita muda di negeri ini berkaitan dasar kerajaan khususnya membabitkan wanita.

Artikel Berkaitan: