Ka Siong nafi pembinaan ECRL RM100 bilion

Ka Siong menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kos pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM100 bilion.
Ka Siong menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kos pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM100 bilion.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa kos pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) bernilai RM100 bilion.

Beliau sebaliknya berkata, kos terkini ECRL ialah RM50.3 bilion selepas mengambil kira langkah-langkah penyelesaian teknikal bagi meminimumkan impak sosial dan alam sekitar.

Menurutnya, pembinaan ECRL juga akan menyumbang kepada penambahbaikan proses pengendalian kargo, peningkatan jumlah kargo dan pengukuhan perdagangan.

“Melalui ketersambungan logistik seperti yang ditawarkan oleh ECRL, maka kesalinghubungan pertama dan akhir akan ditingkatkan sekali gus merangsang daya saing industri bukan sahaja untuk memenuhi tuntutan semasa, tetapi menarik pelaburan baharu dan tranformasi industri,” katanya ketika menyampaikan penggulungan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah Ka Siong, pelaksanaan projek infrastruktur mega seperti ECRL merupakan salah satu strategi untuk mempercepat pemulihan ekonomi melalui kesan gandaan yang tinggi termasuk melalui rantaian bekalan yang besar.

“Projek infrastruktur berteraskan sistem pengangkutan bukan sahaja mampu menjana peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan sederhana malah pelbagai kesan pertumbuhan ekonomi di kawasan persekitaran.

“Pembinaan ECRL juga akan membina ekosistem pelaburan yang lebih baik, menjana lebih banyak pelaburan langsung asing dan domestik dalam tempoh lima tahun serta menyumbang ke arah mencapai pembangunan ekonomi mampan dan meningkatkan kesejahteraan rakyat,” jelasnya.

Artikel Berkaitan: