AS enggan tamat sekatan terhadap Iran

Rumah Putih - Foto AFP
Rumah Putih - Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) tidak merancang menamatkan sekatan terhadap Iran sehingga kesepakatan dicapai untuk mengembalikan semula perjanjian nuklear, lapor Sputnik, memetik seorang pegawai kanan Pentadbiran AS.

Kedua-dua pihak mengharapkan rundingan mengenai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama 2015 disambung tidak lama lagi di Vienna untuk membincangkan lebih lanjut mengenai persetujuan bersama terhadap kewajiban Washington dan Tehran di bawah perjanjian itu.

Washington tidak menarik balik mana-mana sekatan, dan tidak akan membuat konsesi awal, kata pegawai itu kepada wartawan.

Situasi telah merosot dengan ketara selepas perjanjian itu terganggu ketika Iran sepatutnya dibebaskan daripada sekatan sebagai pertukaran untuk mengehadkan program nuklearnya, kata pegawai itu.

Hanya beberapa bulan sahaja lagi Tehran akan memperoleh pengkayaan uranium yang mencukupi untuk menghasilkan senjata nuklear.

Washington terus mempertaruhkan kaedah diplomatik tetapi memberi amaran bahawa jika rundingan Vienna gagal, terdapat pilihan lain untuk mencegah Tehran daripada memperoleh senjata nuklear, katanya.

Artikel Berkaitan: