X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Beri saja berapa gaji yang Salah minta

Mohamed Salah
A
A

LIVERPOOL perlu memberikan apa sahaja yang diminta oleh Mohamed Salah termasuk kenaikan gaji untuk memastikan penyerang Mesir itu terus menyambung kontrak bersama The Reds.

Bekas pertahanan Liverpool, Jose Enrique berkata, dia tidak memahami mengapa Liverpool masih belum memuktamadkan kontrak baharu bersama Salah dan ia perlu dilakukan segera bagi mengelakkan Salah meninggalkan pasukan itu.

"Dia menjaringkan gol menentang Manchester City dan itu sebenarnya tidak mengejutkan saya. Apabila anda melihat golnya sudah tentu anda akan mengatakan wow, tetapi dia telah meledak gol sebegitu beberapa kali di peringkat ini. Ia gol yang bagus dan menarik.

"Dia tidak mengejutkan saya lagi. Saya tidak tahu apa yang dia minta daripada Liverpool untuk menyambung kontrak, tetapi saya mahu katakan berilah apa sahaja yang dia minta. Pada pendapat saya, dia adalah pemain terbaik dunia dan jika saya menjadi pengurus ketika ini, saya akan menandatanganinya.

"Dia seorang yang luar biasa. Orang lupa bahawa dia bukanlah penyerang tetapi seorang pemain sayap, namun mampu menjaringkan jumlah gol yang banyak. Apa lagi yang saya boleh cakap mengenainya? Liverpool perlu memberikan kontrak baharu agar dia terus kekal di Anfield," katanya.

Salah ketika ini mengungguli senarai penjaring terbanyak EPL dengan enam gol selepas meledak jaringan menarik dalam aksi menentang City pada Ahad.

Selain gol tersebut, dia juga menyumbang satu bantuan gol kepada jaringan Sadio Mane yang menyaksikan perlawanan berakhir seri 2-2 menentang pasukan penyandang juara EPL itu.

Kontrak Salah bersama Liverpool tinggal kurang daripada dua tahun dengan pemain berusia 29 tahun itu sebelum ini dilaporkan meminta kenaikan gaji RM2.874 juta seminggu daripada kelab itu.

The Reds dilaporkan sedia memberi kenaikan gaji kepada Salah tetapi bukan dengan nilai yang diminta sekali gus berkemungkinan menyaksikan pemain itu angkat kaki dari Anfield selepas kontraknya berakhir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!