X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 18 Mei 2022

Jumlah positif Covid-19 hari ini 8,817 kes

Kes baharu positif Covid-19 di negara ini dalam tempoh 24 jam lalu naik sedikit kepada 8,817 kes berbanding 8,075 pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Jumlah kes baharu Covid-19 negara mencatat peningkatan apabila merekodkan 8,817 kes pada Selasa berbanding 8,075 kes pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah yang berkongsi kes berkenaan di Facebooknya pada Selasa memaklumkan, angka tersebut menjadikan jumlah kes Covid-19 secara keseluruhan ialah 2,294,457 kes.

Beliau memberitahu, Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu 1,348 kes, diikuti Sarawak (1,361), Kelantan (1,063), Johor (886), Sabah (805) dan Pahang (696).

“Selain itu, Pulau Pinang merekodkan 595 kes, diikuti Kedah (576), Perak (473), Terengganu (356), Melaka (246), Kuala Lumpur (217), Negeri Sembilan (122), Perlis (47), Putrajaya (23) dan Labuan (tiga),” katanya.

Dalam pada itu, Noor Hisham dalam kenyataan berkata, terdapat 14 kes import yang direkodkan melibatkan 11 warganegara dan tiga bukan warganegara.

Menurutnya, 8,803 kes membabitkan penularan tempatan melibatkan 8,109 warganegara serta 694 bukan warganegara.

“Daripada 8,817 kes harian yang dilaporkan pada Selasa, sebanyak 182 kes ialah kategori tiga, empat dan lima manakala 8,635 kes lagi terdiri daripada kategori satu dan dua,” katanya.

Sementara itu, Noor Hisham berkata, sebanyak 851 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 395 daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

“Di ICU sebanyak 815 kes membabitkan kes Covid-19 manakala 36 kes disyaki, kemungkinan dan dalam siasatan,” ujarnya.

Selain itu, ujar beliau, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 14 kluster baharu yang membabitkan 10 kluster tempat kerja dan dua kluster komuniti.

Tambahnya, kluster kumpulan berisiko tinggi dan kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), masing-masing mencatat satu kluster.

“Jumlah keseluruhan kluster adalah 5,536 yang mana 4,580 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan selebihnya ialah 956 kluster masih aktif,” tambahnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!