Siap siaga hadapi Monsun Timur laut

Che Adam (tengah) ketika merasmikan program retreat kesiapsiagaan menghadapi MTL 2021/2022 peringkat APM Pahang di Pejabat APM Beserah pada Selasa.
Che Adam (tengah) ketika merasmikan program retreat kesiapsiagaan menghadapi MTL 2021/2022 peringkat APM Pahang di Pejabat APM Beserah pada Selasa.
A
A
A

KUANTAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang bersedia sepenuhnya bagi menghadapi musim Monsun Timur Laut yang dijangka bermula November depan.

Pengarahnya, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman bagaimanapun berkata, seramai 1,199 pegawai dan anggota yang terlibat akan berada di 140 pangkalan hadapan dan 787 pusat pemindahan sementara telah dikenalpasti.

"Bagaimanapun dalam konteks logistik belum mencukupi sepenuhnya. Kita sudah membuat permohonan walaupun kekurangan logistik bukan kelemahan untuk menjalankan tugas," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Retreat Kesiapsiagaan Menghadapi MTL 2021/2022 Peringkat APM Pahang di Pejabat APM Beserah pada Selasa.

Menurut beliau, Pahang antara negeri terbesar di Semenanjung dan pertambahan logistik perlu.

Che Adam menjelaskan, pihaknya kini mempunyai 74 kenderaan air yang merangkumi bot jenis aluminium, fiber dan tempur manakala 36 kenderaan darat seperti kereta, lori, bas, ambulans dan kenderaan pancuan empat roda.

Ujarnya, semua logistik itu akan digerakkan di 11 daerah di Pahang, jika berlaku musibah seperti banjir.

Mengulas lanjut mengenai program berkenaan, Che Adam berkata, ia bagi memastikan kesiapsiagaan mengatur gerak pasukan berdepan musim berkenaan.

Katanya, seramai 75 pegawai dan anggota terlibat dan merupakan program pemula yang akan dilaksanakan di daerah lain.

Artikel Berkaitan:

"Kewujudan program ini mampu menyuntik semangat pegawai dan anggota dalam menjalankan tanggungjawab serta tugas apabila menghadapi bencana banjir," katanya.