‘Cukai pintu tidak diberikan pengecualian’

Moratorium atau pengecualian sewa telah diberi kepada penyewa-penyewa PPR pada 2020 dan tahun ini.
Moratorium atau pengecualian sewa telah diberi kepada penyewa-penyewa PPR pada 2020 dan tahun ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pengecualian cukai pintu tidak diberikan kepada warga kota buat masa ini, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Bagaimanapun menurutnya, moratorium atau pengecualian sewa telah diberi kepada penyewa-penyewa Projek Perumahan Rakyat (PPR) pada 2020 dan tahun ini.

“Pada tahun 2020, kita telah memberikan diskaun sebanyak 100 peratus,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas adakah Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) mempunyai cadangan untuk memberikan diskaun cukai pintu kepada penghuni kota yang tinggal di rumah bawah RM300,000.

Jalaluddin menambah, bagi tahun ini, sebanyak 50 peratus diskaun juga telah diberikan kepada penyewa rumah PPR.

Artikel Berkaitan: