X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Individu boleh buka akaun mana-mana bank berlesen: Tengku Zafrul

Tengku Zafrul ketika Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 di Parlimen, pada Selasa. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menyatakan mana-mana individu boleh membuka akaun dengan mana-mana bank berlesen termasuk akaun luar pesisir.

Bagaimanapun menurutnya, semua pelanggan yang membuka akaun di bank berlesen dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia (BNM) atau di luar pesisir yang dikawal selia oleh Labuan Financial Services Authority (Labuan FSA) hendaklah lulus proses usaha wajar pelanggan.

“Ia seperti yang disyaratkan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA 2001),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang bertanyakan adakah kerajaan akan berusaha mendapatkan semula wang yang dideposit di luar negara susulan pendedahan Kertas Pandora oleh Pusat Kewartawanan Penyiasatan Antarabangsa (ICIJ).

Pendedahan ini melibatkan lebih 11.9 juta dokumen dan rekod lain daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan menguruskan syarikat shell dan pemegang amanah di tempat perlindungan cukai di seluruh dunia.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul menjelaskan, kebocoran rekod sulit 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang memberikan perkhidmatan profesional kepada individu atau syarikat bagi menubuhkan syarikat amanah, yayasan atau entiti lain adalah kerana negara-negara itu mempunyai kelemahan dalam perundangan kewangan.

“Tetapi, kita bukanlah salah satu negara yang mempunyai kelemahan sebegitu,” tegasnya.

Tambahnya, sektor kewangan di Malaysia dikawal selia oleh BNM melalui Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

“Aktiviti kewangan luar pesisir pula dikawal selia oleh Labuan FSA melalui penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Labuan 2010 serta Akta Perkhidmatan Kewangan dan Sekuriti Islam Labuan 2010,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandora Papers dedah dua ahli politik Malaysia miliki akaun luar pesisir

ARTIKEL BERKAITAN: Anwar gesa segera bahas pendedahan Pandora Papers

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sedia disiasat'

ARTIKEL BERKAITAN: Tengku Zafrul rujuk peguam

ARTIKEL BERKAITAN: Pandora Papers pula bongkar rahsia


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!