'Jangan bangkitkan kenyataan berbaur perkauman di media sosial'

Semua pihak terutama pengguna media sosial diminta agar mengelak atau tidak membangkitkan api kemarahan dan perkauman yang boleh menghiris hati serta perasaan kaum lain.
Semua pihak terutama pengguna media sosial diminta agar mengelak atau tidak membangkitkan api kemarahan dan perkauman yang boleh menghiris hati serta perasaan kaum lain.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique menasihatkan semua pihak terutama pengguna media sosial agar mengelak atau tidak membangkitkan api kemarahan dan perkauman yang boleh menghiris hati serta perasaan kaum lain.

Menurutnya, ia demi menjaga perpaduan dan keharmonian keluarga besar iaitu Keluarga Malaysia.

“Komen yang berunsur perkauman ke atas pemain badminton perseorangan wanita negara S Kisona ini sepatutnya dan tidak boleh diterima dalam budaya Malaysia yang pelbagai bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendapatnya oleh Cha Kee Chin (PH-Rasah) tentang individu yang melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona baru-baru ini.

Individu berkenaan menerima kritikan selepas melemparkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Kisona ketika pemain itu beraksi dalam kempen Piala Sudirman 2021 di Vantaa, Finland.

Halimah menambah, sukan telah lama menjadi tapak integrasi perpaduan yang menyatukan semua pihak di negara ini.

“Tidak kira apa bangsa, kaum dan agama kita,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: