Dua saintis AS menang anugerah Nobel

Ardem Patapoutian (kiri) dan David Julius. - Foto AFP
Ardem Patapoutian (kiri) dan David Julius. - Foto AFP
A
A
A

STOCKHOLM - Dua saintis Amerika Syarikat (AS), David Julius dan Ardem Patapoution pada Isnin memenangi Hadiah Nobel Perubatan kerana menemui cara bagaimana manusia merasai kepanasan dan sentuhan dalam tubuh mereka.

Kedua-dua saintis itu ialah David Julius dan Ardem Patapoutian berkongsi hadiah dalam bidang perubatan kerana kerja-kerja mereka mengenai sentuhan dan suhu itu.

Penemuan mereka itu amat bermakna kerana ia boleh digunakan bagi menemui cara untuk merawat penyakit.

Suhu, sejuk dan sentuhan adalah penting bagi merasai pengalaman persekitaran di sekeliling manusia dan kelangsungan hidup.

Namun, bagaimana ia boleh dirasai oleh manusia merupakan satu misteri sehingga kedua-dua saintis tersebut membuat penemuan tentangnya.

Patapoutian yang merupakan seorang ahli biologi berpindah ke AS dari Lubnan ketika berumur 18 tahun berkata, Ahli Jawatankuasa Nobel memberitahu tentang kemenangannya melalui telefon.

Julius pula dikenali dengan penyelidikannya tentang penggunaan kapsaisin iaitu sebastian kumpulan kapsaisinoid yang terdapat dalam cili dan memberikan kepedasan yang tajam.

Ia digunakan bagi mengenal pasti saraf dalam permukaan kulit manusia yang memberikan tindak balas terhadap suhu panas.

Artikel Berkaitan:

Ini adalah kerana tubuh manusia mengeluarkan haba panas sebagai reaksi kepada keradangan menyebabkan kawasan yang panas itu boleh dirawat. - Agensi