Pemandu lori mabuk didenda RM10,000

Tertuduh didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.
Tertuduh didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Seorang pemandu lori kontena didenda RM10,000 di Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas mengaku bersalah memandu dalam keadaan mabuk Sabtu lalu.

Tertuduh, V Pobalan, 33, membuat pengakuan itu di hadapan Majistret Nurul Ainna Ahmad, pada Selasa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM10,000 atau enam bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah memandu dengan kadar alkohol dalam badan didapati sebanyak 163mg/100ml iaitu melebihi had ditetapkan sebanyak 50 mg/100ml alkohol dalam badan.

Kesalahan itu dilakukan di Kilometer 106.4 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, dalam daerah Kuala Muda, Kedah kira-kira lebih kurang jam 8.53 malam pada 2 Oktober lalu.

Tertuduh disabitkan kesalahan dan dihukum bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87).

Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwaraya Mohd Fakruzi Ismail.

Artikel Berkaitan: