Doktor sahkan Puteri Sarah bakal dapat anak perempuan

No Image Caption
A
A
A

PASANGAN pelakon tanah air, Puteri Sarah dan suami, Syamsul Yusof bakal menimang cahaya mata perempuan.

Menurut laporan portal hiburan Melayu, khabar gembira itu disahkan sendiri oleh doktor dan Sarah berharap segalanya dipermudahkan serta dapat bersalin secara normal.

"Alhamdulillah ini adalah rezeki kami sekeluarga. Saya rasa gembira dan bersyukur apabila doktor sahkan bakal dapat anak perempuan.

"Insya-ALLAH harap segalanya dipermudahkan dan cukup sepasang anak kami.

"Kalau dulu bersalin melalui pembedahan, harap kali ini dapat bersalin secara normal. Tapi apa yang terbaik saya serahkan sahaja kepada doktor," ujar Sarah yang yang dijangka bersalin pada pertengahan Mac ini.

Tambah ibu kepada seorang anak, Syaikul Islam Mohd Shamsul ini, semenjak dia hamil kebanyakan masa diluangkan di rumah sahaja.

Selain itu, Sarah turut berkongsi, dia dan suami kini sudah menetap di kediaman sendiri selepas lima tahun tinggal di rumah keluarga.

Artikel Berkaitan: