Staf positif, Kaunter Berpusat MBSP ditutup sehingga esok

Kaunter Berpusat MBSP yang terletak di Menara Bandaraya ditutup sementara kepada orang ramai sehingga esok untuk tujuan disinfeksi.
Kaunter Berpusat MBSP yang terletak di Menara Bandaraya ditutup sementara kepada orang ramai sehingga esok untuk tujuan disinfeksi.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kaunter Berpusat Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang terletak di Menara Bandaraya ditutup sementara kepada orang ramai sehingga esok untuk tujuan disinfeksi.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Sr Rozali Mohamud berkata, ia berikutan salah seorang kakitangannya telah disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu.

Menurutnya, penutupan itu dibuat bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan disinfeksi yang akan dijalankan di kawasan terbabit secara menyeluruh.

"Kaunter Berpusat MBSP yang terletak di Menara Bandaraya ditutup bermula pada 4 Oktober hingga 06 Oktober dan ia akan beroperasi semula pada Khamis ini," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Rozali berkata, dalam tempoh penutupan itu, orang ramai digalakkan membuat bayaran dan mendapatkan perkhidmatan MBSP secara dalam talian.

Jelasnya, terdapat 100 perkhidmatan dalam talian tersedia di Cyber Counter MBSP di laman web www.mbsp.gov.my.

"MBSP telah menyediakan infografik dan langkah-langkah penggunaan Cyber Counter terutamanya perkhidmatan bayaran online (cukai taksiran, kompaun, sewa premis, bayaran lesen dan permohonan lesen baharu).

"Semoga semua warga Seberang Perai terus mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dan bersama-sama kerajaan melawan pandemik Covid-19 ini," katanya.

Artikel Berkaitan: