X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 21 Januari 2022

Sinar Harian nafi keluar laporan khas mengenai Vincent Tan

Laporan mengenai pelaburan Vincent Tan yang menggunakan nama Sinar Harian sebagai platform untuk menyebarkan berita berkenaan.
A
A

SHAH ALAM - Sinar Harian menafikan mengeluarkan berita yang bertajuk 'Special Report: Vincent Tan’s Latest Investment Has Experts in Awe And Big Banks Terrified'.

Laporan mengenai pelaburan Tan Sri Vincent Tan tersebut didapati menggunakan nama Sinar Harian sebagai platform untuk menyebarkan berita berkenaan.

Pengeluaran laporan itu juga menyebabkan ramai pembaca keliru.

Malah, pautan URL pada laman terbabit juga berbeza dengan URL sebenar Sinar Harian.

Sebarang laporan rasmi dari Sinar Harian hanya boleh didapati di platform rasmi Sinar Harian iaitu https://www.sinarharian.com.my.

Selain itu, berita juga boleh didapati di media sosial seperti Facebook dan Twitter Sinar Harian.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!