Maqis rampas RM20.5 juta gandum Australia

Kapal kargo pukal yang membawa gandum bernilai RM20.5 juta dari Australia dan Sebanyak 14.12 juta kg gandum Australia yang mempamerkan maklumat yang mengelirukan dirampas Maqis Pulau Pinang pada Sabtu.
Kapal kargo pukal yang membawa gandum bernilai RM20.5 juta dari Australia dan Sebanyak 14.12 juta kg gandum Australia yang mempamerkan maklumat yang mengelirukan dirampas Maqis Pulau Pinang pada Sabtu.
A
A
A

BUTTERWORTH - Sebanyak 14.12 juta kilogram gandum dari Australia bernilai RM20.5 juta dirampas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Pulau Pinang pada Sabtu.

Pengarahnya, Muhammad Ikram Abd Talib berkata, kesemua gandum jenis Australian Standard White Wheat dan Australian Premium White Wheat (Gandum) itu dirampas di Pelabuhan Dermaga Air Dalam (DAD), Butterworth di sini.

Menurutnya, pihaknya menahan sebuah kapal kargo pukal pada jam 2.30 petang dan hasil pemeriksaan menemui sebanyak 14.118 juta kilogram (kg) gandum.

"Hasil pemeriksaan Pegawai Penguat Kuasa Maqis Pulau Pinang di Pelabuhan Kargo Pukal DAD mendapati sebuah kapal kargo pukal yang membawa sejumlah gandum dari Australia.

"Pemeriksaan lanjut mendapati maklumat pada Permit Import Maqis yang sah mengenai bijirin itu berbeza serta mengelirukan. Nilai keseluruhan dagangan yang dianggarkan bernilai RM20.5 juta itu dirampas untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, pengimportan dengan mengemukakan maklumat yang tidak tepat akan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) iaitu mana-mana orang yang memberikan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan dalam pengimportan keluaran pertanian adalah suatu kesalahan.

"Jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun, atau kedua-duanya sekali," katanya.

Artikel Berkaitan: