15 kes baharu Covid-19 di Sarawak libatkan jangkitan paru-paru

Hanya 15 daripada 1,189 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Isnin melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
Hanya 15 daripada 1,189 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Isnin melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator.
A
A
A

KUCHING - Hanya 15 daripada 1,189 kes positif Covid-19 di Sarawak pada Isnin melibatkan jangkitan paru-paru yang memerlukan bantuan oksigen dan ventilator, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Dalam kenyataan pada Isnin, JPBN Sarawak memaklumkan baki 1,174 kes pula tidak bergejala atau mempunyai gejala ringan, sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes di negeri ini kepada 216,765,.

Sementara itu, 19 kes kematian direkodkan di Sarawak dari Ahad hingga Isnin, selain satu kematian pada 15 Jun lalu yang dilaporkan pada Isnin.

Selain itu, satu kluster komuniti diisytihar pada Isnin iaitu Kluster Terimah, Limbang, membabitkan penduduk di sebuah rumah panjang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang terletak di Terimah, Lubai, Limbang.

“Daripada 56 individu yang disaring, 13 orang didapati positif termasuk kes indeks manakala 43 orang lagi negatif,” menurut kenyataan itu.

Dengan penambahan kluster berkenaan, menjadikan jumlah kluster aktif di negeri ini meningkat kepada 100. - Bernama

Artikel Berkaitan: