Briged Tenggara PGA rekod rampasan lebih RM7.4 juta

Hassan Basri (kanan) melihat rampasan rokok yang direkodkan di pekarangan Batalion 9 PGA, Gong Badak, Kuala Nerus pada Isnin.
Hassan Basri (kanan) melihat rampasan rokok yang direkodkan di pekarangan Batalion 9 PGA, Gong Badak, Kuala Nerus pada Isnin.
A
A
A

KUALA NERUS - Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara melakukan rampasan berjumlah RM7.4 juta dalam 10 siri operasi dan serbuan Ops Kontraban bermula 1 April hingga Oktober.

Komander Briged Tenggara PGA, Senior Asisten Komisioner Hassan Basri Ahmad Safar berkata, rampasan yang dilakukan pasukan itu merangkumi rokok tidak bercukai, arak dan mercun.

"Daripada jumlah keseluruhan itu, kita membuat rampasan mercun berjumlah RM5,540, selain arak (RM2,900), rokok (RM6,5 juta), wang tunai (RM11,248), lori dan van (RM888,000) dan lain-lain (RM11,248).

"Kita juga menangkap 11 individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan ini," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Pentadbiran Batalion 9 PGA, Gong Badak di sini pada Isnin.

Hassan Basri berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk mempergiatkan lagi operasi membanteras sindiket penyeludupan rokok tidak bercukai serta lain-lain barangan kontraban terutama di sekitar negeri pantai timur.

"Kegiatan ini wajar dibendung kerana menyebabkan kerugian cukai sebanyak RM5 bilion setahun kepada negara," katanya.

Artikel Berkaitan: