Irudianathan pangku Setiausaha Kehormat PAFA

No Image Caption
A
A
A

NAIB Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri G Irudianathan dilantik sebagai pemangku Setiausaha Kehormat PAFA berkuat kuasa 29 September 2021.

Pemangku Presiden PAFA, Datuk Muhammad Yadzan Mohammad berkata, pelantikan itu dibuat susulan usaha penstrukturan semula PAFA.

Menurutnya, Irudianathan diyakini mampu membantu melancarkan pengurusan persatuan dan pelantikan tersebut akan memberi kebaikan kepada badan induk bola sepak negeri ini.

"Selamat menjalankan tugas dengan profesional dan penuh amanah kepada Irudianathan demi memartabatkan bola sepak negeri khususnya dan negara amnya.

"PAFA percaya dengan pengalaman luas beliau itu mampu membawa persatuan ini ke tahap lebih tinggi sambil memenuhi aspirasi pemegang taruh," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sementara itu, Irudianathan dalam kenyataannya menghargai kepercayaan dan keyakinan yang diletakkan oleh PAFA untuk beliau menggalas menggalas tugas baharu itu.

Menurutnya, amanah dan tanggungjawab diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin untuk PAFA khususnya dalam memajukan sukan bola sepak di negeri ini.

Beliau berkata, tugas sebagai Setiausaha Kehormat sangat berat untuk dipikul namun ia akan digalas sebaik mungkin.

Artikel Berkaitan:

Irudianathan dilantik memangku tugas yang ditinggalkan Mohamed Helmi Mohamed.