Lebih 120,000 isi rumah, 30,000 Sahabat AIM terima sumbangan

Shabudin Yahaya
Shabudin Yahaya
A
A
A

SHAH ALAM - Lebih 120,000 isi rumah dan 30,000 Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menerima sumbangan berbentuk bakul makanan asas menerusi program Bakul Kasih sejak Mac tahun lalu.

Pengerusi AIM, Datuk Shabudin Yahaya berkata, program tersebut merupakan inisiatif pihaknya dalam membantu Sahabat di seluruh negara yang mengalami kesukaran dan kehilangan pendapatan sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Penerimaan bakul tersebut meliputi beberapa negeri; antaranya ialah Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Johor, Melaka, Kelantan dan Pahang,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Pada Sabtu, Sahbudin turun padang menghulurkan sumbangan berupa bakul makanan asas kepada 1,450 Sahabat AIM dan mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Bantuan tersebut diberikan di sekitar Tasek Gelugor, Permatang Berangan, Sungai Dua dan Telok Air Tawar yang mengandungi beras, gula, minyak masak, tepung, susu, bihun dan sardin dalam tin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan AIM, Shamir Aziz; Ketua Pegawai Perundangan AIM, Izwandy Che Jan; Ketua Pegawai Maklumat AIM, Mohd Zulkahizam Mohd Zuldin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Bagan, Nor Hafizah Othman.

Sementara itu, Shabudin berkata, pihaknya juga telah melaksanakan Pakej Rangsangan Ekonomi AIM dan juga moratorium pinjaman secara automatik dan bersasar.

“Sejak ia ditubuhkan, AIM telah menyalurkan bantuan pinjaman sebanyak RM13.514 juta bagi cawangan Butterworth.

Artikel Berkaitan:

“Dengan kempen Afeksi AIM 2021 iaitu 'Memberi Tanda Kasih, Menerima Tanda Sayang’ ini, apa yang diharapkan bantuan ini dapat memberi sedikit kegembiraan buat seisi keluarga Sahabat.

“Ia juga dapat mengeratkan lagi silaturahim di antara pihak pengurusan dengan Sahabat AIM,” ujar beliau.

-end-