7,295 pelajar di Pahang mula bersekolah

Syed Ibrahim Syed Ahmad
Syed Ibrahim Syed Ahmad
A
A
A

KUANTAN - Seramai 7,295 pelajar Tingkatan Enam dan murid berkeperluan khas memulakan sesi persekolahan secara bersemuka di Pahang pada Isnin.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan negeri, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, jumlah tersebut melibatkan 2,488 pelajar Tingkatan Enam Semester Dua dan 4,807 pula murid bekeperluan khas.

Menurutnya, pembelajaran bersemuka melibatkan seramai 2,352 pelajar Tingkatan Enam Kelas Kemanusiaan, 136 dari Kelas Sains manakala bagi murid berkeperluan khas melibatkan 2,809 murid sekolah rendah dan 1,998 pelajar sekolah menengah.

"Saya ingin mengucapkan selamat kembali ke sekolah selain jangan terlalu ghairah dan sentiasa berhati-hati. Ibu bapa juga perlu bersama-sama memelihara dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) anak-anak.

"Guru-guru juga mestilah sentiasa memastikan SOP ditetapkan dapat dijaga dan dilaksanakan dengan baik. Semoga segalanya selamat," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Dalam pada itu, Syed Ibrahim berkata, bagi mencegah penularan Covid-19, semua kumpulan sasar terlibat perlu dipastikan mengambil vaksin dan menjaga segala SOP yang ditetapkan.

"Waktu hadir dan kembali dari sekolah adalah saat kritikal yang mana semua yang terlibat wajib berhati-hati dan semoga semuanya dipelihara ALLAH S.W.T," ujarnya.

Artikel Berkaitan: