Dr Mahathir lancar Bersatu Sarawak

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) menghadiri pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu malam ini. - Foto Bernama
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (tiga, kiri) menghadiri pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu malam ini. - Foto Bernama
A
A
A

BINTULU - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad malam ini melancarkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sarawak di Dewan Suarah Bintulu di sini.

Dr Mahathir berkata, beliau kagum dengan jumlah kehadiran yang ramai yang tentu menunjukkan bahawa rakyat Sarawak ingin Bersatu melebarkan sayapnya ke negeri ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan ialah isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Pemimpin Bersatu yang hadir termasuk Timbalan Presiden, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir; Naib presiden, Datuk Abdul Rashid Ansari; Setiausaha Agung, Datuk Marzuki Yahya; Ketua Srikandi, Datuk Seri Rina Harun serta anggota Majlis Pimpinan Tertinggi dan penyelaras Bersatu Sarawak, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof.

Dr Mahathir adalah pengerusi PH, yang dianggotai oleh DAP, PKR, serta Amanah, dan beliau juga merupakan Pengerusi Bersatu.

Ini merupakan lawatan kali pertama Dr Mahathir ke bandar minyak dan gas ini sejak beliau kembali sebagai Perdana Menteri buat kali kedua selepas memenangi pilihan raya ke-14 pada 9 Mei.

Beliau dijadual kembali ke ibu negara pagi esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: