Dewan Negara lantik Ahli Jawatankuasa Pemilih

Rais antara lima Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dilantik untuk penggal keempat, Parlimen ke-14. - Foto Bernama
Rais antara lima Ahli Jawatankuasa Pemilih yang dilantik untuk penggal keempat, Parlimen ke-14. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Negara pada Isnin meluluskan usul pelantikan lima Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk penggal keempat, Parlimen ke-14.

Mereka ialah Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim (pengerusi); Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Seri Dr Mohamad Ali Mohamad; Senator Husain Awang; Senator Susan Chemerai Anding dan Senator Lim Hui Ying.

Usul yang dibentangkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Mas Ermieyati Samsudin mengikut Peraturan Mesyuarat 70 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Negara.

"Selaras dengan peruntukan Peraturan Mesyuarat 70 (2), majlis mesyuarat dengan ini memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pemilih memanggil orang hadir di hadapannya serta meminta dikeluarkan surat-surat,” katanya selepas sesi soal jawab pada persidangan Dewan Negara pada Isnin.

Jawatankuasa Pemilih dilantik untuk menjalankan kewajipan-kewajipan yang diperuntukkan oleh Peraturan-Peraturan Mesyuarat. - Bernama

Artikel Berkaitan: