X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

Gelora politik Melaka, MB Selangor kongsi dua baris pantun

Amirudin berkongsi dua baris pembayang daripada serangkap pantun di laman Twitternya pada Isnin.
A
A

SHAH ALAM - Gelora politik kerajaan Barisan Nasional (BN) di Melaka yang menjadi bualan ketika ini turut menarik perhatian Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Amirudin berkongsi dua baris pembayang dari serangkap pantun di laman Twitternya pada Isnin dan meminta pengguna Twitter lain melengkapkan maksud pantun beliau itu.

"Andai roboh kota Melaka,

Papan di Jawa hamba dirikan,

....haaa sambung," ciap Amirudin yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Selangor.

Ciapan tersebut menarik perhatian netizen yang cuba melengkapkan rangkap maksud pantun Amirudin dengan versi mereka sendiri.

"Kalau menebang si pohon jati,

Papan di Jawa dibelah-belah,

Kalau amanah sering dikhianati,

Nescaya negara berpecah belah," balas Mior Sharifuddin.

Seorang lagi pengguna Twitter @Wanadib menyifatkan perkembangan politik di Melaka sebagai satu pengkhianatan terhadap sistem demokrasi negara.

"Pengkhianatan demi pengkhianatan. Bermula Langkah Sheraton, hingga kini masih belum tamat. Satu tindakan oleh pihak yang berfikiran pendek telah merosakkan sistem demokrasi keseluruhan," ciap @wanadib77

Pada Isnin, kerajaan Melaka pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali hilang majoriti susulan tindakan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), menarik sokongan terhadap kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri itu, berkuatkuasa Ahad.

Empat ADUN terbabit ialah bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).

ARTIKEL BERKAITAN:Melaka bakal bertukar tangan?

Politik Melaka: Dua wakil rakyat kerajaan didakwa buat pusingan U

4 ADUN Melaka umum hilang percaya terhadap Ketua Menteri


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!