Zahid setuju jika DUN Melaka dibubarkan

Pakatan Harapan (PH) pada Isnin mengumumkan kerajaan negeri Melaka yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti.
Pakatan Harapan (PH) pada Isnin mengumumkan kerajaan negeri Melaka yang dipimpin Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah hilang majoriti.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berpandangan adalah baik untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka yang berdepan dengan krisis politik ketika ini dibubarkan.

Ujar Ahli Parlimen Bagan Datuk itu, ia bagi membolehkan mandat diberikan kepada rakyat memilih kerajaan yang dirasakan layak untuk memimpin negeri itu.

"Tidak mengapa kehilangan kerajaan negeri yang dikuasai parti saya tetapi tunggulah (tindakan selanjutnya). Saya rasa elok (juga) ada pilihan raya negeri yang baharu.

"Ia supaya DUN Melaka dibubarkan dan kita beri mandat semula kepada rakyat (dan) untuk rakyat pilih kerajaan mana terbaik bagi mentadbir negeri dan negara kita," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada Isnin.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut mengambil maklum dengan perkembangan yang berlaku di negeri bersejarah itu.

"Saya harap perkara itu tidak akan menular untuk ahli Dewan Rakyat," katanya.

Pada Isnin, bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron bersama tiga lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mewakili kerajaan negeri mengumumkan menarik sokongan terhadap Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Surat pemakluman mengenai perkara itu serta peletakan jawatan Idris bersama Datuk Noor Effandi Ahmad dan Datuk Norhizam Hassan Baktee sebagai Exco Kerajaan Negeri yang bertarikh 30 September lalu diserahkan ke Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, Ayer Keroh pada pagi Isnin.

Artikel Berkaitan:

Idris yang juga ADUN Sungai Udang pada sidang akhbar mendakwa penarikan sokongan itu berikutan ketidakyakinan mereka terhadap beberapa keputusan kerajaan negeri yang 'flip-flop' serta tidak dilaksanakan dengan sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN:Melaka bakal bertukar tangan?

ARTIKEL BERKAITAN:Politik Melaka: Dua wakil rakyat kerajaan didakwa buat pusingan U

ARTIKEL BERKAITAN:4 ADUN Melaka umum hilang percaya terhadap Ketua Menteri

ARTIKEL BERKAITAN:PH dakwa kerajaan negeri Melaka hilang majoriti