KKM belum yakin benarkan aktiviti majlis sosial

KKM masih belum yakin untuk kembali membenarkan aktiviti majlis sosial termasuk majlis perkahwinan.
KKM masih belum yakin untuk kembali membenarkan aktiviti majlis sosial termasuk majlis perkahwinan.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih belum yakin untuk kembali membenarkan aktiviti majlis sosial termasuk majlis perkahwinan, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Isnin, beliau berkata, aktiviti tersebut berkemungkinan akan menjadi sektor terakhir yang akan kembali dibuka.

Jelas beliau, keputusan membenarkan semula majlis sosial itu juga bergantung kepada tingkah laku rakyat selepas aktiviti rentas negeri dibenarkan.

“Majlis sosial dalam venue tertutup mungkin antara sektor terakhir untuk dibuka.

“Saya belum yakin pada masa ini prosedur operasi standard (SOP) dapat diawasi ketika majlis perkahwinan besar-besaran diadakan di mana pelitup muka ditanggalkan dan orang ramai berbual ketika sedang makan.

“Kita lihat bagaimana tingkah laku kita setelah rentas negeri dibenarkan,” tulis beliau di ciapan balas Twitter terhadap satu soalan yang diajukan mengenai isu tersebut.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan aktiviti rentas negeri akan dibenarkan selepas negara mencapai kadar vaksinasi 90 peratus populasi dewasa.

Artikel Berkaitan: