X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Kerajaan bangunkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia

Halimah
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Perpaduan Negara sedang membangunkan Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia untuk menyokong aspirasi Keluarga Malaysia bagi mencapai hasrat ditetapkan, persidangan Dewan Negara diberitahu pada Isnin.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, pelan itu bersifat inklusif dengan menjadikan perlembagaan dan Rukun Negara sebagai teras utama dalam pembinaan sebuah masyarakat harmoni dan sejahtera.

Menurutnya, pelan itu mempunyai objektif iaitu memahami konsep perpaduan dalam konteks Keluarga Malaysia, mewujudkan aspirasi yang jelas untuk dicapai dalam tempoh 10 tahun akan datang serta menggariskan anjakan strategi dan inisiatif baharu bersasar serta komprehensif.

"Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia ini adalah juga untuk menterjemahkan Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Nasional dalam bentuk pelaksanaan program dan inisiatif yang lebih terancang dan merentasi pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan, swasta, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan komuniti," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Muhammad Zahid Md Arip yang ingin tahu definisi, konsep, matlamat serta pelan tindakan gagasan Keluarga Malaysia, selain cara kerajaan memastikan slogan itu tidak menimbulkan kekeliruan.

Menurut Halimah, frasa Keluarga Malaysia menekankan kepada persamaan, kesepakatan dan bersifat inklusif, merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum.

"Pengamalan nilai-nilai murni akan menjadi tunjang bagi melahirkan sebuah Keluarga Malaysia yang makmur berasaskan kepercayaan, perpaduan dan toleransi," katanya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!