Pukul kanak-kanak autisme: Tiga individu dipanggil beri keterangan

Seorang wanita warga asing diberkas pada petang Ahad dipercayai terlibat dalam kes melibatkan seorang kanak-kanak autisme dipukul di sebuah pusat asuhan di sini.
Seorang wanita warga asing diberkas pada petang Ahad dipercayai terlibat dalam kes melibatkan seorang kanak-kanak autisme dipukul di sebuah pusat asuhan di sini.
A
A
A

AMPANG - Tiga individu dipanggil untuk dirakam keterangan berkaitan kes seorang kanak-kanak autisme yang disyaki dipukul di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, sehingga kini dua saksi telah dirakam percakapan mereka.

"Kita sedang melengkapkan siasatan sebelum dihantar kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, seorang wanita warga asing diberkas dipercayai terlibat dalam kes seorang kanak-kanak autisme yang dipercayai dipukul di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di sini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, suspek merupakan pengurus di pusat asuhan kanak-kanak tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Pengurus pusat asuhan diberkas disyaki pukul kanak-kanak autisme

Artikel Berkaitan: