X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 17 Mei 2022

Kes baharu Covid-19 turun lagi ke 8,075

Berdasarkan pecahan setiap negeri, hanya dua negeri melaporkan kes melebihi 1,000 iaitu Sarawak, 1,189 dan disusuli Kelantan 1,020 kes.
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Kes baharu positif Covid-19 kekal empat digit dua hari berturut-turut selepas 8,075 kes dilaporkan pada Isnin.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataannya berkata, daripada jumlah itu terdapat 160 kes atau dua peratus membabitkan kategori tiga hingga lima manakala 7,915 kes atau 98 peratus pula kategori satu dan dua.

Menurut beliau, berdasarkan pecahan setiap negeri, jangkitan di Pulau Pinang ialah 853, Johor (781), Selangor (686), Sabah (677), Terengganu (636), Kedah (628), Perak (548), Pahang (522), Melaka (219), Kuala Lumpur (151) dan Negeri Sembilan (108).

"Hanya dua negeri melaporkan kes melebihi 1,000 iaitu Sarawak, 1,189 dan Kelantan iaitu 1,020 kes manakala negeri paling rendah pula ialah Perlis yang merekodkan 36 jangkitan, 19 kes di Putrajaya dan dua di Labuan.

"Jumlah keseluruhan kes ialah 2,285,640," katanya.

Menurutnya, sebanyak 867 kes dirawat di unit rawatan rapi dan 461 pesakit memerlukan bantuan pernafasan.

"Sebanyak 15,456 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah keseluruhannya 2,116,021 kes," katanya.

Beliau turut memberitahu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan 15 kluster baharu Covid-19 yang terdiri daripada tujuh kluster tempat kerja, enam kluster komuniti dan masing-masing satu kluster kumpulan berisiko tinggi serta institut pendidikan swasta.

"Jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan ialah 5,522 dan 4,533 telah diisytiharkan tamat manakala 989 masih aktif," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!