Dos penggalak disyor guna vaksin berbeza: Khairy

Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini.
Kerajaan disyor untuk meneruskan dengan heterologous vaccination atau penggunaan vaksin yang berbeza daripada vaksin asal yang diterima oleh seseorang individu, menerusi pemberian dos penggalak bermula bulan ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Pemberian suntikan penggalak vaksin Covid-19 yang dijadual bermula bulan ini boleh menggunakan kaedah campuran vaksin berbeza atau heterologi.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara itu disyorkan setelah kajian mengenai keselamatan campuran vaksin dilaksanakan.

Menurutnya, jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) telah bermesyuarat mengenai perkara itu minggu lalu.

“Jawatankuasa kecil teknikal yang dipengerusikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Klinikal Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Kalaiarasu M Peariasamy telah mengesyorkan kepada JKJAV untuk dos penggalak yang akan bermula pada Oktober ini, kita membenarkan vaksin heterologi atau campuran.

"Bukan vaksin yang sama seperti dos pertama dan kedua (yang digunakan sebelum ini). Kajian mengenai keselamatan ini telah dilaksanakan dan disyorkan untuk kita teruskan," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang ingin tahu sama ada kerajaan bercadang melaksanakan kaedah vaksin campuran untuk menggalakkan keberkesanan dan kajian terperinci telah dibuat.

Artikel Berkaitan: