Ambil tindakan individu komen perkauman terhadap Kisona

Gambar kecil: Syed Saddiq
Gambar kecil: Syed Saddiq
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyelar tindakan individu yang melemparkan komen negatif berbentuk perkauman kepada pemain badminton negara, S Kisona.

Menurut beliau, meskipun individu tersebut sudah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf, namun kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan yang tegas dan mengambil tindakan kepada individu terbabit.

“Baru-baru ini, ada orang politik yang ejek pemain berbangsa India. Dia kata, kenapa Malaysia hantar orang India main? Kenapa dia kena ejek? Kenapa dia dicemuh?

“Benar ahli politik itu sudah minta maaf. Tapi minta maaf sebab kantoi sahaja. Tidak ada tindakan diambil. Konon-konon dia letak jawatan, tapi itu dia sendiri yang buat.

“Kerajaan perlu keluar kenyataan tegas. Kalau kena hukum pun, hukumlah. Tidak ada tempat untuk sikap perkauman dalam negara ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya minta maaf, tak niat hina mana-mana kaum' - Borhanuddin

Pada Sabtu, tular di media sosial seorang pemilik akaun Facebook memuat naik status bergambar dengan kata-kata berunsur perkauman terhadap Kisona.

Ia susulan kekalahan Kisona di tangan pemain Jepun, Akane Yamaguchi dalam aksi separuh akhir Piala Sudirman.

Artikel Berkaitan: