'Squid Game' kini berada di Paris

Siri popular terbaru Korea Selatan 'Squid Game' kini berada di Perancis sebagai promosi untuk menarik peminat di Eropah. - Foto Bernama
Siri popular terbaru Korea Selatan 'Squid Game' kini berada di Perancis sebagai promosi untuk menarik peminat di Eropah. - Foto Bernama
A
A
A

PARIS - Siri popular terbaru Korea Selatan 'Squid Game' kini berada di Perancis sebagai promosi untuk menarik peminat di Eropah.

Bermula Sabtu hingga Ahad, 'Squid Game' akan berada di sebuah kafe di Paris bagi memberi peluang kepada pengunjung bergambar dengan kakitangan yang berpakaian berwarna merah seperti pengawal yang ada di dalam rancangan itu, lapor Agensi Berita Yonhap.

Turut dipamerkan permainan ketika zaman kanak-kanak dikenali 'dalgona bbobgi' yang terdapat dalam siri popular itu.

'Squid Game' sebuah thriller yang mempunyai sembilan bahagian, berkisar kepada peserta yang mengambil bahagian dalam satu siri permainan untuk memenangi hadiah wang tunai 45.6 bilion won (AS$38.5 juta).

Sebaik dilancarkan secara rasmi pada 17 September lalu, rancangan itu terus menduduki ranking 10 teratas siri paling popular di Netflix dan menjadi rancangan Korea Selatan pertama menduduki No. 1 dalam senarai 10 rancangan Netflix di Amerika Syarikat..

Bulan lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Netflix Ted Sarandos berkata, 'Squid Game' bakal menjadi rancangan paling berjaya.

'Squid Game' pasti akan menjadi rancangan bukan berbahasa Inggeris kami yang paling popular di dunia," katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: