Lapan maut, lebih 20 cedera letupan bom di masjid di Kabul

Foto: EPA/STRINGER
Foto: EPA/STRINGER
A
A
A

ISLAMABAD - Sekurang-kurangnya lapan terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam insiden letupan bom di sebuah masjid di Kabul, Afghanistan pada Ahad, lapor Agensi Anadolu memetik BBC Pashto.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri Saeed Khosti berkata, tiga orang telah ditahan kerana dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan itu.

Jurucakap Taliban Zabihullah Mujahid di akaun Twitternya sebelum itu berkata, sejumlah orang awam terbunuh dalam insiden dekat pintu masuk Masjid Eidgah di Kabul.

Ketika kejadian orang ramai berkumpul di masjid berkenaan untuk menghadiri upacara memperingati kematian ibu kepada seorang daripada menteri kerajaan sementara Taliban.

Setakat ini, tiada pihak mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: