X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 07 Julai 2022

Belanjawan 2022 tangani segera isu fiskal negara: PM

Ismail Sabri Yaakob
A
A

KUALA LUMPUR- [DIKEMASKINI] Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 29 Oktober ini akan tangani segera semua isu fiskal.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata belanjawan tahunan yang bakal dibentangkan oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akhir bulan ini menempa sejarah apabila buat pertama kali tampil dengan Kenyataan Pra Belajawan yang memberi penekanan kepada cadangan dalam bajet berkenaan.

Ismail Sabri, yang juga pengerusi Khazanah, memberi jaminan Bajet 2022, yang akan dibentangkan di Parlimen pada 29 Oktober depan akan menangani semua masalah fiskal semerta dengan kadar segera.

"Dan pada tahun ini, untuk pertama kalinya, kita telah mengeluarkan Kenyataan pra-Bajet untuk menyatakan hasrat bagi belanjawan dan kita juga telah mengedarkan lima kertas konsultasi awam mengenai pelbagai isu pembaharuan struktural," kata beliau.

Ismail Sabri berkata, Majlis Pemulihan Negara akan memainkan peranan utama dan aktif dalam memulihkan kesihatan dan kesejahteraan ekonomi negara.

"Kita akan mengambil pendekatan sosial yang luas dan inklusif untuk kebaikan Malaysia, menyusun strategi dan pelbagai taktik yang akan membawa kita keluar daripada kemelut pandemik kepada rancangan yang selamat dan mampan dalam menjalani kehidupan dengan senario Covid-19 endemik," katanya.

Mengenai situasi Covid-19, Perdana Menteri berkata, Malaysia mesti bersedia untuk menerima hakikat bahawa negara tidak lagi dapat kembali kepada keadaan bebas 'normal' masa lalu.

"Kita akan melaksanakan dasar yang menggalakkan sikap dan tingkah laku yang diperlukan dalam senario ini.

"Rakyat Malaysia akan mempunyai prosedur operasi standard (SOP) yang jelas, dipercayai untuk menjalankan tanggungjawab, dan sebagai balasannya, dapat menikmati penyambungan semula kegiatan sosial dan ekonomi - sejajar dengan laluan jelas yang telah ditentukan oleh strategi kerajaan," tambah beliau.

Mengenai konsep Keluarga Malaysia, Ismail Sabri turut menyaran rakyat Malaysia agar mempunyai sifat penyatuan dan saling menghormati.

“Hasrat kita mestilah semua rakyat Malaysia harus berusaha untuk kesejahteraan, keamanan ekonomi, peluang yang sama, pendidikan, penjagaan kesihatan, keselamatan, keadilan sosial dan saling menghormati.

Ismail Sabri seterusnya menekankan bahawa sebagai sebuah keluarga - Keluarga Malaysia - keperluan paling mendesak di negara ini harus diselaraskan sepenuhnya.

"Ia seharusnya bukan persaingan politik, tetapi harus sebagai penyatuan dan kerjasama negara.

'’Ini adalah kerajaan yang inklusif - semua pendapat akan diambil kira sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan," tambahnya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!