2 maut insiden letupan di masjid Afghanistan

 Insiden letupan bom di pintu masuk sebuah masjid di Kabul adalah serangan terburuk di ibu kota Afghanistan,
Insiden letupan bom di pintu masuk sebuah masjid di Kabul adalah serangan terburuk di ibu kota Afghanistan,
A
A
A
DUA individu maut dalam insiden letupan bom di pintu masuk sebuah masjid di Kabul, pada Ahad.

Ia adalah serangan terburuk di ibu kota Afghanistan, sejak tentera Amerika Syarikat (AS) berundur dari negara itu.

Bom berkenaan meletup di pintu masuk Masjid Eidgah.

Mereka yang dilaporkan terkorban berada di luar pintu masuk masjid berkenaan.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden itu.

Namun, sejak Taliban mengambil alih pemerintahan Afghanistan pada pertengahan Ogos, serangan kumpulan militan Daesh terhadap mereka semakin meningkat.

Ketegangan antara dua kumpulan itu menimbulkan konflik yang lebih besar.

Sebelum ini, satu letupan juga berlaku di lapangan terbang Kabul, mengorbankan 169 nyawa termasuk 13 anggota tentera AS. -Awani

Artikel Berkaitan: