Teruja kembali ke sekolah

Pembukaan sekolah kali ini ia melibatkan golongan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), murid berkeperluan khas (MBK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah. Gambar hiasan.
Pembukaan sekolah kali ini ia melibatkan golongan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), murid berkeperluan khas (MBK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah. Gambar hiasan.
A
A
A

SELEPAS kira-kira enam bulan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan penularan Covid-19, kini ia kembali dibuka semula hari ini.

Rata-rata pelajar pastinya teruja dapat kembali semula ke sekolah untuk menimba ilmu setelah sebelum ini menjalani sesi pembelajaran melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Bagi pembukaan sekolah kali ini ia melibatkan golongan pelajar yang mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), murid berkeperluan khas (MBK) atau Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan murid prasekolah.

Selain itu, bagi meyakinkan ibu bapa untuk menghantar anak ke sekolah, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin mengarahkan agar guru yang enggan menerima vaksinasi Covid-19 tidak akan dibenarkan mengajar murid secara bersemuka.

Menurutnya, kementerian tidak mempunyai pilihan selain daripada mengambil tindakan berkenaan sebagai langkah untuk melindungi pelajar.

Dalam perkembangan lain, kadar vaksinasi golongan dewasa di Malaysia terus mencatatkan peningkatan.

Setakat semalam, hanya tinggal 2.8 peratus untuk Malaysia mencapai 90 peratus vaksinasi dalam golongan dewasa dan dijangka angka tersebut bakal dicapai pada Jumaat ini.

Aktiviti rentas negeri yang ditunggu-tunggu oleh rakyat kini sudah semakin hampir untuk dibenarkan susulan peningkatan kadar tersebut.

Artikel Berkaitan:

Malah bukan itu sahaja, beberapa kelonggaran lain seperti rakyat tidak perlu lagi memohon My Travel Pass (MTP) untuk ke luar negara turut diberikan apabila Malaysia mencapai peratusan tersebut.

Diharapkan dengan kelonggaran yang bakal diterima itu, orang ramai tidak alpa dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP), malah sentiasa berhati-hati agar keluarga tersayang tidak menjadi mangsa Covid-19.

Ia kerana kita masih lagi berjuang dan belum menang dalam menentang Virus Covid-19.