8 maut pesawat ringan terhempas di Milan

Kejadian berlaku pada 1 petang Ahad ketika pesawat peribadi itu sedang membuat penerbangan ke Pulau Sardinia. - Foto AP
Kejadian berlaku pada 1 petang Ahad ketika pesawat peribadi itu sedang membuat penerbangan ke Pulau Sardinia. - Foto AP
A
A
A

MILAN - Lapan orang disahkan meninggal dunia selepas sebuah pesawat ringan yang dinaiki terhempas lalu merempuh sebuah bangunan kosong di pinggir bandar Milan, Itali.

Menurut pihak berkuasa, kejadian berlaku pada 1 petang Ahad ketika pesawat peribadi itu sedang membuat penerbangan ke Pulau Sardinia.

Pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Linate di Milan itu terhempas di kawasan Marignano, berhampiran stesen keretapi bawah tanah San Donato.

Orang awam yang berada di kawasan itu sahkan terdengar bunyi letupan ketika pesawat merempuh bangunan dua tingkat yang ketika itu dikosongkan kerana proses pengubahsuaian.

Pihak berkuasa kemudian bergegas ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Tiada korban melibatkan orang awam dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan setakat ini. - Sumber Awani

Artikel Berkaitan: