PM bincang beri bantuan, modal mula perniagaan semula

Ismail Sabri dalam dalam temubual eksklusif pada Ahad.
Ismail Sabri dalam dalam temubual eksklusif pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan telah berbincang dengan Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung pemberian bantuan atau modal kepada peniaga untuk memulakan perniagaan mereka semula.

Ujar beliau, ia berikutan bantuan ‘one-off’ yang diberikan kepada peniaga sebelum ini tidak mencukupi untuk mengekalkan perniagaan mereka.

“Apabila ekonomi semakin dibuka, banyak syarikat perniagaan terutama mikro telah menutup perniagaan.

“Mereka perlu modal untuk ‘startup’ bisnes. Jadi saya dah berbincang dengan Menteri Kewangan untuk lihat perkara ini supaya kerajaan boleh memberikan bantuan serta modal memulakan perniagaan semula.

“Cuma sekarang ini tengah bincang mekanisme sama ada tidak perlu bayar, moratorium untuk membayar ‘principal’ atau ‘interest’, mereka sedang mengkaji berapa persen untuk beri ‘interest' supaya apabila kita beri tentu saja mereka boleh memulakan perniagaan,” katanya dalam temubual eksklusif pada Ahad.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berpandangan bahawa penurunan kes pandemik Covid-19 dalam negara ini juga akan merancakkan lagi sektor ekonomi.

“Lebih-lebih lagi, ia ada kaitan dengan pandemik dan kita sasarkan kalau 90 peratus sudah dapat vaksin, kita akan buka hampir sepenuhnya.

“Rentas negeri kita benarkan, apabila rentas negeri, tentu saja sektor pelancongan akan mendapat faedahnya,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: