Radio Kanada gam lagu Michael Jackson

Aksi Michael Jackson dalam klip video Billie Jean.
Aksi Michael Jackson dalam klip video Billie Jean.
A
A
A

OTTAWA - KANADA . Stesen radio utama di Quebec menarik siaran semua lagu Michael Jackson (MJ) selepas pendedahan sebuah dokumentari membangkitkan semula tuduhan pedofilia ke atas mendiang penyanyi legenda itu.

Jurucakap kepada Cogeco yang mengendalikan 22 radio di seluruh Quebec dan sebuah stesen di Ontario berkata, keputusan itu dibuat selepas dokumentari Leaving Neverland disiarkan pada Ahad menerusi saluran kabel HBO.

Filem berdurasi empat jam itu mendedahkan secara terperinci kisah dua lelaki yang mendakwa MJ mendera mereka secara seksual bertahun lamanya ketika mereka masih kanak-kanak.

“Kami sangat prihatin terhadap komen pendengar kami, dan dokumentari disiarkan malam Ahad lalu mencetuskan reaksi,” kata Christine Dicaire daripada Cogeco dalam satu kenyataan kepada AFP.

“Kami mahu meneliti situasi dengan membuang lagu (MJ) daripada stesen kami buat masa sekarang.”

Stesen utama termasuk CKOI dan Rythme yang berbahasa Perancis dan The Beat saluran Bahasa Inggeris sudah berhenti menyiarkan lagu MJ.

Tuduhan seksual itu kembali timbul hampir sedekad selepas MJ meninggal dunia kerana dakwaan salah guna dadah pada 2009. - AFP

Artikel Berkaitan: