PKPD di satu lokaliti di Pahang

PKPD di Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah akan ditamatkan esok mengikut jadual.
PKPD di Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah akan ditamatkan esok mengikut jadual.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Kampung Orang Asli Sungai Kelang, Mukim Batu Talam, Raub, Pahang bermula esok hingga 17 Oktober ini.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara Majlis Keselamatan Negara Datuk Rodzi Md Saad memaklumkan keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan Kementerian Kesihatan berkaitan penilaian risiko dan trend jangkitan Covid-19 di lokaliti terbabit.

"Prosedur operasi standard (SOP) bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebook, hari ini.

Selain itu, beliau juga memaklumkan PKPD di Taman Pantai Lok Kawi, Papar, Sabah akan ditamatkan esok mengikut jadual. - Bernama

Artikel Berkaitan: