Empat nyaris maut kereta terbakar

Anggota bomba sedang memeriksa kenderaan yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
Anggota bomba sedang memeriksa kenderaan yang terlibat dalam kebakaran tersebut.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Empat lelaki nyaris maut apabila kereta dinaiki terbakar dalam kejadian berhampiran Bulatan Dataran, Jalan Kinabalu, di sini, awal pagi tadi.

Menurut jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan kejadian pada jam 12.49 pagi.

Susulan itu katanya, sebuah jentera dan van EMRS dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dihantar ke lokasi bersama 10 anggota dan diketuai PBK II Hisham Hamzan.


Kereta BMW terbakar 100 peratus selepas terbabas
Kereta BMW terbakar 100 peratus selepas terbabas

Menurutnya, pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan kereta jenis BMW yang tidak dikenalpasti nombor pendaftaran kerana terbakar 100 peratus.

"Siasatan menunjukkan kereta itu terbabas melanggar tembok pembahagi jalan sebelum terbakar.

"Bagaimanapun empat mangsa dewasa yang berada dalam kenderaan berjaya dikeluarkan dengan selamat," katanya.

Keadaan kereta BMW yang terbakar dalam kejadian.
Keadaan kereta BMW yang terbakar dalam kejadian.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, seorang daripada mangsa terbabit patah kaki, manakala yang lain hanya cedera ringan.

Katanya, operasi terbabit tamat sepenuhnya pada jam 1.45 pagi.