Banjir di Baling pulih, semua 14 PPS ditutup hari ini

Kesemua 14 PPS di daerah Baling yang menempatkan 358 mangsa daripada 125 keluarga, ditutup kira-kira jam 5 petang ini berikutan banjir yang telah surut sepenuhnya. - Foto Bernama
Kesemua 14 PPS di daerah Baling yang menempatkan 358 mangsa daripada 125 keluarga, ditutup kira-kira jam 5 petang ini berikutan banjir yang telah surut sepenuhnya. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR SETAR - Kesemua 14 pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Baling yang menempatkan 358 mangsa daripada 125 keluarga, ditutup kira-kira jam 5 petang ini berikutan banjir yang telah surut sepenuhnya.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah, Saifuddin Abdullah berkata, kesemua mangsa telah dibenarkan pulang selepas enam hari dipindahkan ekoran kediaman mereka dinaiki air sejak Selasa lalu.

“PPS yang terlibat ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera, SK Siong, SK Bandar, SK Tanjung Pari, SK Bayu, SK Titi Gantung, Dewan Banggol Derom, Maktab Mahmud Baling, SK Malau, SK Parit Panjang, Kg Padang, SK Mohd Ariff Abdullah, SK Tembak A dan SK Jemerli,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Bagaimanapun, Saifuddin berkata, pihaknya akan terus memantau keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini dan akan membuka semula PPS tertentu jika diperlukan. - Bernama

Artikel Berkaitan: